Tuesday, 26 February 2013
perlawanan "El Clasico"
Assalamualaikum dan salam sejahtera. bola sepak adalah sukan yang menjadi kegilaan ramai anak muda masakini. tidak kurang juga kepada segelintir warga tua. Semalam 26 februari menyaksikan perlawanan diantara Real Madrid dan Barcelona. perlawanan ini juga juga dipanggil sebagai 'El Clasico' . perlawanan ini berlangsung didalam perebutan piala copa del rey yang berakhir dengan kemenangan kepada Real madrid.
Perlawanan ini menjadi sambutan yang hangat kerana melibatkan dua kumpulan yang menpunyai pemain bintang seperti C.Ronaldo, L.Messi, Mesut Ozil, Karim Benzema dan ramai lagi. Jaringan pertama dihasilkan oleh C.Ronaldo melalui sepakan penalti pada minit ke-12. Pada minit ke-57 sekali lagi C.Ronaldo menambah jaringan sekaligus membawa Real Madrid berada di zon selesa.
R.Varane menambah derita Barcelona apabila dia berjayamenanduk masuk bola ke gol lawan pada minit ke-68. Dan gol saguhati barcelona hadir pada minit ke-86 menerusi Jordi Alba. Dan keputusan ini sekaligus membawa Real Madrid ke perlawanan Akhir piala Copa Del Rey.
Ramai peminat b Barcelona yang bermurung kerana kekalahan ini. Biasalah setiap perlawanan pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Sebelum ini menyaksikan kemenangan yang bertali arus oleh Barcelona, kali ini pasukan gergasi ini telah tewas kepada musuh tradisinya, Real Madrid.
Ramai penyokong Barcelona yang tidak menyangka dengan kekalahan ini dan mereka tidak dapat menerimanya. Inilah dunia bola sepak yang mana meraka sanggup bergaduh kerana ingin mempertahankan pasukannya. Saya adalah peminat Real Madrid dan pesanan saya walau bagaimanapun kita, Janganlah lupa kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kerana Allah lah yang mentadbir alam dan memberi kemenangan atau kekalahan. Wallahualam ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment