Wednesday, 27 February 2013

Berhati-hati dengan penjenayah








IANYA CARA UNTUK MENCURI KERETA (INI BUKAN GURAUAN)

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak ? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca artikel  ini.

Saya harap anda akan sebarkan kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Tuesday, 26 February 2013

perlawanan "El Clasico"

     

   Assalamualaikum dan salam sejahtera. bola sepak adalah sukan yang menjadi kegilaan ramai anak muda masakini. tidak kurang juga kepada segelintir warga tua. Semalam 26 februari menyaksikan perlawanan diantara Real Madrid dan Barcelona. perlawanan ini juga juga dipanggil sebagai 'El Clasico' . perlawanan ini berlangsung didalam perebutan piala copa del rey yang berakhir dengan kemenangan kepada Real madrid. 

        Perlawanan ini menjadi sambutan yang hangat kerana melibatkan dua kumpulan yang menpunyai pemain bintang seperti C.Ronaldo, L.Messi, Mesut Ozil, Karim Benzema dan ramai lagi. Jaringan pertama dihasilkan oleh C.Ronaldo melalui sepakan penalti pada minit ke-12. Pada minit ke-57 sekali lagi C.Ronaldo menambah jaringan sekaligus membawa Real Madrid berada di zon selesa.

     

 R.Varane menambah derita Barcelona apabila dia berjayamenanduk masuk bola ke gol lawan pada minit ke-68. Dan gol saguhati barcelona hadir pada minit ke-86 menerusi Jordi Alba. Dan keputusan ini sekaligus membawa Real Madrid ke perlawanan Akhir piala Copa Del Rey.

     Ramai peminat b Barcelona yang bermurung kerana kekalahan ini. Biasalah setiap perlawanan pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Sebelum ini menyaksikan kemenangan yang bertali arus oleh Barcelona, kali ini pasukan gergasi ini telah tewas kepada musuh tradisinya, Real Madrid. 


    Ramai penyokong Barcelona yang tidak menyangka dengan kekalahan ini dan mereka tidak dapat menerimanya. Inilah dunia bola sepak yang mana meraka sanggup bergaduh kerana ingin mempertahankan pasukannya. Saya adalah peminat Real Madrid dan pesanan saya walau bagaimanapun kita, Janganlah lupa kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kerana Allah lah yang mentadbir alam dan memberi kemenangan atau kekalahan. Wallahualam ;)

Assalamualaikum

Assalamualaikum. Selamat malam semua. Saya baru menceburi bidang Blog ini. Saya baru pulang dari Tanah Haram pada Ahad yang lepas. Alhamdulillah, semua dapat menunaikan ibadah Umrah dengan tenang walaupun berbagai ujian yang datang. Biasalah apabila ingin mendapat sesuatu yang berharga, pasti akan datang masalah. Pada malam ini saya dipelawa untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang Blog ini oleh adik    ipar saya. Saya akan mempelajarinya. Dan meminta jasa semua untuk membantu saya. Terima kasih .